Wednesday, May 6, 2009
MAINS jual saham Seremban Specialist Hospital?
Sekiranya berita ini benar, saham MAINS sebanyak 40/45peratus itu telahpun dijual. Menurut kata salah seorang 'orang besar' KPJ/SSH, beliau amat berdukacita kerana pada waktu ini SSH telahpun menunukkan prestasi yg amat baik. Apa tidaknya, SSH (Seremban) adalah hospital terbaik di bawah KPJ pd tahun 2008 mengalahkan berbelas hospital KPJ yg lain!
Jika dilihat sejarah, SSH telah mula beroperasi pd tahun 2004 dimana MAINS memiliki saham sebanyak itu dgn menyediakan tapak sahaja di Kemayan Square. Ianya amat berbaloi memandangkan MAINS tidak mempunyai kepakaran di bidang perubatan.
Usaha untuk membina hospital milikan bumiputera dan orang Islam ini telah dimulakan sebelas tahun sebelum itu lg. Perjumpaan demi perjumpaan dengan Tan Sri Mohd Ali selaku Pengerusi Jcorp diadakan bg merealisasikan impian sebuah hospital milikan sebuah Majlis Agama Islam, yg pertama di Malaysia! Bermula dengan penubuhan klinik Wakaf yg menyediakan khidmat perubatan dgn bayaran minimum, serendah RM5 sahaja... satu subangan dan perkhidmatan bukan hanya kepada orang Islam malahan bukan Islam, semata2 membuat kebajikan kepada masyarakat.
Kini, MAINS dibawah 'pimpinan' Menteri Besar dilihat lebih bersifat korporat, tidak sebagaimana dahulu.
Jangan salah anggap teguran serta komen ini sebagai 'menghentam' MAINS, tetapi sebagai seorang Islam saya mempunyai pandangan berbeza dgn keputusan yg diambil oleh MAINS sejak akhir2 ini. TAnggungjawab saya adalah utk ingat-mengingati sekiranya saya rasa tindakan itu tidak wajar...Akhir sekali, keputusan tetap di tangan ahli2 Majlis.
p/s: Diharap tiada pula selepas ini mana2 sekolah agama di bawah MAINS dilepaskan dr tanggungjawab mereka, kerana sudah mula kedengaran bbrp pihak berkata sedemikian.
Tuesday, March 17, 2009
Ali Rustam Lucut Kelayakan Bertanding, Tetapi KJ...

Sumber : M-online (17/3/2009)
KUALA LUMPUR: Menurut Tengku Ahmad Rithauddeen, Mohd Ali didapati bersalah mengikut Perkara 10.1, Tata Etika Ahli Umno yang membawa hukuman dilarang daripada bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden sahaja.
Katanya, keputusan itu dibuat Lembaga Disiplin selepas mendapati Mohd Ali mempunyai kaitan dengan kesalahan politik yang dilakukan oleh ejen dan pelobi semasa proses pencalonan dan juga semasa berkempen.
"Beliau bersalah disebabkan ada sabit kesalahan, pekerja yang buat. Dia hanya disabitkan.
"Tiada kesalahan khusus atau terus yang dilakukan beliau," katanya.
Ditanya sama ada Mohd Ali digantung keahlian, Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, pihaknya hanya melarang beliau daripada bertanding.
"Beliau hanya dilarang bertanding. Beliau masih lagi ahli Umno, masih lagi perwakilan dan masih layak bertanding," katanya.
KUALA LUMPUR: Calon Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini didapati bersalah melanggar undang-undang pemilihan parti.
Beliau bagaimanapun hanya diberi amaran dan masih layak untuk bertanding jawatan itu.
p/s: Apa cerita?
Thursday, December 4, 2008
Pejuang Bangsa atau Pemancing Undi...?
Dr sumber kawan aku, dia kata dulu mmg SJKCT ni ditubuhkan dan ditadbir hasil duit persatuan mereka sendiri. Cuma pd tahun 80-an kerajaan mengiktiraf dan mengurus sepenuhnya termasuk gaji guru & pekerja bg meringankan beban dan mentadbir dgn lebih terurus. Aku taknak komen kesahihan sumber kawan aku tu. Cuma bagi aku kerajaan cukup baik hati berbuat demikian sedangkan tiada sekolah rendah melayu (sepanjang ingatan aku), yg ada cuma di peringkat yg lebih tinggi seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Universiti Malaya. Istimewanya bukan melayu berbanding bangsa melayu sendiri yg hakdan keistimewaannya dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan!
Bangga betul aku dgn Mukhriz walau mendapat kecaman dr pelbagai pihak... Sedih aku bila hampir tiada yg menyokong saranan beliau. Adakah beliau seorang Pejuang, atau cuma memancing undi waktu pemilihan UMNO Mac depan?
Kisah kedua. Aku agak terkejut membaca komen KJ bahawa Baitul Mal Begeri Sembilan disaran supaya tidak memlih 'bulu' dlm memeri bantuan kpd golongan fakir miskin di kawasan beliau. Ini kerana ada aduan yg dibuat bhw pemohon yg berlainan parti di'anaktiri'kan walaupun bbrp permohonan utk bantuan telah diserahkan kpd Baitul Mal. Benar ke?
Aku tak puas hati, terus dapatkan jawapan drpd Baitul Mal & Majlis Agama. Sumber menyatakan bahawa bhg beliaulah yg paling ramai mendapat bantuan khususnya Paroi, yg mana kebanyakannya adalah pengundi Pakatan Rakyat; PAS atau PKR! Tidak brp lama selepas isu tersebut keluar di Berita Harian, wakil rakyat PKR En Taufik menghubungi Baitul Mal meminta maaf dan menafikan laporan tersebut yg katanya adalah tidak benar. Apa cerita beb? Kerajaan BN Negeri melalui Jabatan Agama dan Baitul Mal memberi bantuan walau kpd penyokong PR, tp wakil rakyat BN/UMNO sendiri yg menghentam kerajaan negeri semula. Biarlah penyokong PR tak menghargai bantuan BN/UMNO umpama diberi bunga dibalas tahi, tp janganlah memburukkan kerajaan negeri khususnya badan agama tanpa usul periksa! Adakah beliau seorang Pejuang atau Pemancing undi?
Renung2kan...
Wednesday, November 12, 2008
Politik Wang... Oh Politik Wang!
Demam pemilihan UMNO di peringkat Bahagian baru nak kebah, mungkin takkan kebah2 sehinggalah pemilihan di peringkat Pusat berlangsung bulan Mac akan datang...
Antara isu yang takkan habis2 dibicarakan sama ada di media massa mahupun di kedai2 kopi adalah permainan politik wang oleh calon2 bagi meraih undi daripada perwakilan2 yang hadir.
Akhbar Sinar Harian edisi Negeri Sembilan/Melaka hari ini menceritakan wawancara dengan ketiga2 calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia iaitu : Mukhriz Tun Mahadhir, Khairy Jamaludin dan Khir Toyo berhubung perkara ini. Berikut adalah salah satu soalan kepada saudara Khairy berhubung perkara tersebut:
Soal : Ada tuduhan sesetengah pihak bahawa banyak pencalonan untuk semua jawatan parti kali ini dipengaruhi oleh duit, ertinya ada calon menggunakan wang untuk mendapatkan pencalonan. Apa pandangan YB?
KJ : Ini yang semua orang hebohkan sekarang. Saya amat kesal kerana ini terjadi. Ini adalah perkara yang tidak sepatutnya dilakukan, baik oleh calon mahupun oleh perwakilan, sekiranya kita hendak mewujudkan satu pertandingan yang sihat.
Saya perpandangan mereka yang mengamalkan politik wang, menggunakan wang untuk meraih pencalonan, adalah penderhaka kepada perjuangan parti. Mereka juga menderhaka kepada orang Melayu.
Sepatutnya perwakilan mesti berani menolak calon-calon yang menggunakan duit. Perwakilan mesti ada keazaman untuk menolak politik jenis ini. Kita tidak akan dapat pemimpin yang baik sekiranya yang kita utamakan adalah duit.
Bagi saya sendiri, saya tidak akan membeli mereka. Saya tidak pernah menawarkan walau satu sen pun. Biarlah saya tidak dicalonkan. Macam saya kata awal tadi saya percaya kepada kebolehan sendiri.
p/s: Hmmm... amat menggelikan hati aku. Kenapa? Entah, rasa geli je dengan statement tu. Bagi semua perwakilan nanti nilai2kan laa calon2 Ketua masing2, di samping nilaikan maruah diri sendiri, agama dan bangsa. Semua yang pernah bersidang dan akan bersidang semestinya berdepan dengan cabaran yang amat hebat bila sampai ke isu DUIT...!
Politik wang atau rasuah ada disebut di dalam hadith Nabi bermaksud "Orang yg memberi dan menerima kedudukannya di dalam api neraka". Merujuk kepada Rasuah boleh diithbatkan dengan arak, walau setitik jatuh ke dalam air minuman tetap haram diminum! Walau satu sen duit utk Rasuah tetap haram dimakan!
Sendiri mau ingat...
Abby Abadi & Norman Hakim : Apa kes...?

Dalam kerancakan dunia politik tanahair, dalam kemeriahan kisah kemenangan Obama di United States, timbul berita panas mengenai permohonan cerai Abby Abadi dengan Norman Hakim...
Panasnya cerita baling kerusi di mesyuarat UMNO Bahagian Seremban, panas lagi kisah rumahtangga 2 artis ni. Mana tidaknya, kat mana2 pergi kedengaran kisah2 ini dibualkan... majoriti kesiankan si Abby Abadi, mengutuk sikap dan layanan Norman Hakim terhadap isteri beliau. Kes ini memberikan situasi tidak selesa kepada semua lelaki khususnya, bak kata partner aku: "Sebab Norman Hakim ler semua lelaki kat Malaysia ni kena marah..."
Hmmm... apa nak marah, kes ni takkan timbul kalau bukan kerana 'perempuan' lain jugak. Norman mungkin bersalah sebab main kayu tiga, tapi ada penyebabnya dan ia adalah 'perempuan' jugak. Bak kata seorang 'professor' : "Dia sayangkan Abby isteri dia, masalahnya dia pun sayangkan si Memey ni jugak...". Gelak aku.
Jangan pulak lepas ni ada husband yang tak boleh balik lewat kerja, takut buat 'overtime' kat office mcm si Norman ni. Hatta nak tengok bola MU lawan Arsenal hari tu pun kena soal selidik, silap haribulan kena terjah kat kedai kopi nak tau betul ke atau melencong ke mana-mana, warharharhar! Kesian... kesian...
Buat si Abby, sabor je laa hadapi dugaan Tuhan. Cuba selesai cara baik, jangan membuka pekung di dada, umpama tarik rambut dalam tepung... rambut tak putus tepung tak berselerak.
Buat Norman, suka hati ngko laa... aku rasa ramai lelaki lain yang nakkan si Abby tu kalau ngko dah tak hingin lagi. Banyak benor kes ngko dengan pompuan!
p/s: Aku baru tukar spek mata sbb yang lama dah patah di'kerja'kan anak aku, balik kampung minggu lepas diorangkata ada gaya mcm Norman Hakim... Isk! Dah takde artis lain ke sekarang ni?
Wednesday, October 15, 2008
Kekalahan KJ sebagai calon Ketua Pemuda di Bahagian Rasah...
Pada persidangan Pergerakan Pemuda UMNO di Rasah pada hari Sabtu yang lalu, antara pengundian yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan ahli-ahli Pemuda UMNO adalah bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia
Sebagaimana yang dijangka, 2 calon yang 'panas' adalah saudara Mukhriz dan Khairy Jamaluddin. Pengerusi Tetap bercadang ingin menjalankan undian secara angkat tangan dan bukannya secara undian rahsia (atas kertas) memandangkan ketika itu sudah pukul 6 petang. Beberapa perwakilan termasuk diri saya sendiri tidak bersetuju, justice must not just be done but must seen to be done! Walaubagaimanapun majoriti perwakilan inginkan persidangan dihabiskan dengan segera, jadi undian jawatan penting ini hanya dijalankan secara angkat tangan...
Undian calon pertama, Dato' Mukhriz Tun Mahadhir amat memeranjatkan kesemua yang hadir di Persidangan itu! Malah saudara Helmi (Ketua Pemuda Bahagian) yang mencalonkan KJ dan pemerhati2 dari Bahagian Rembau kelihatan amat terkejut dengan 79 undian yang diperolehi oleh Mukhriz! KJ hanya mampu mendapat 61 undi sahaja.
Satu keputusan yang amat mengejutkan, kerana bahagian Rasah umpama adik-beradik kepada bahagian Rembau. Malah yang mencalonkan KJ adalah Ketua Pemuda Bahagian sendiri... Beberapa hari sebelum persidangan, sudah ada suara2 yang menyatakan KJ akan menang tanpa bertanding di Bahagian Rasah, atau jika ada pertandingan sekalipun KJ akan menang mudah.
Nampaknya motto "Setia Kawan" KJ telah tumpas di Rasah, mungkin disebabkan tak ramai kawan di sini? Nampak seperti terdapat jurang atau "gap" di antara KJ dan Ketua Pemuda, dengan ahli-ahli Pemuda di Bahagian Rasah.
Di satu pihak lain, nampaknya pemuda2 UMNO mahukan perubahan kepada UMNO khususnya. Keyakinan bahawa Mukhriz boleh membawa perubahan dan membetulkan persepsi buruk masyarakat terhadap UMNO yang bertambah meruncing sejak akhir2 ini. Malah lebih kurang 10 AJK di atas pentas menyokong Mukhriz sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia!
Sekarang Mukhriz telah mendapat cukup pencalonan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Mungkin KJ juga akan mengikuti beliau, bergantung kepada baki mesyuarat di Bahagian2 yang lain.
Apa yang penting sekarang terpulang kepada perwakilan2 Pemuda (G2) yang dipilih ke mesyuarat di peringkat Pusat pada bulan Mac depan. Adakah mereka boleh membawa hasrat dan AMANAH ahli2 Pemuda UMNO di akar umbi, atau tidak? Harapannya mereka semua menjaga amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka...
Tuesday, October 14, 2008
Pengundi Hantu atau Kesilapan Pengurusan?
Walaubagaimanapun, terdapat bbrp perkara atau insiden yg tidak patut berlaku, secara ringkasnya:-
(1) Wakil Pemerhati Persidangan Pemuda UMNO Rasah adalah dari Bhg Rembau, yg mana Ketua Pemuda iaitu saudara KJ adalah calon bagi jawatan Ketua UMNO Malaysia! Conflict of interest, kerana untuk undian wakil pemerhati akan turut terlibat termasuk kiraan kertas undi.
(2) Pengerusi Tetap telah mengisytiharkan pada awal majlis jumlah perwakilan yg hadir adalah seramai 152 orang, ditambah wakil daripada Bahagian 3 menjadikan jumlah 155 orang. Sewaktu proses pengundian seorang wakil dr Seriemas hadir dan diisytiharkan oleh Pengerusi Tetap, jumlah keseluruhan adalah 156 orang. Sewaktu keputusan rasmi undian, saudara Helmi menang mendapat 83 undi, saudara Hasan 75 undi dan terdapat 1 undi rosak. Keseluruhannya 159 undi!!! Mana HANTU yg dah undi lebihan 3 undi lagi???
Perkara ini hanya disedari pd malam tersebut setelah persidangan tamat, kerana Pengerusi Tetap cuma mengumumkan kemenangan tanpa menyatakan jumlah undi setiap calon.
Oleh yg demikian satu bantahan rasmi telah dihantar ke Pemuda UMNO Malaysia pada hari Ahad meminta satu siasatan dijalankan dan jika benar keputusan tersebut tidak boleh digunapakai. Sehingga pagi td, Pemuda UMNO Perhubungan masih belum memberikan jawapan yg memuaskan hati, dan jam 10.30 pagi td satu press-conference diadakan di sini, dengan harapan Bahagian lain yg belum bersidang akan lebih berhati2 berkenaan perkara ini.
Antara persoalan yang bermain di fikiran semua ialah bagaimana kertas undi boleh MELEBIHI jumlah perwakilan yg disahkan oleh Pengerusi Tetap, yang nyata sekali proses kiraan undi telah dicemari dengan unsur2 yg merosakkan keputusan seterusnya menafikan hak perwakilan2 yg hadir pd persidangan itu... Lebihan 3 kertas undi mengesahkan peti2 undi telah di'tampered', mengundang pelbagai tanggapan buruk & persepsi yg bahaya kpd proses kiraan undi yg telah dijalankan.
Perjalanan pemilihan yg betul & cekap, akan menghasilkan semangat berpasukan yg mantap kerana semua pihak akan akur, menerima & redha dgn keputusan menang atau kalah. Jika sebaliknya, kesungguhan parti dlm usaha mengukuhkan kerjasama dan keutuhannya akan terganggu dan musnah!
Harapan agar ini menjadi pengajaran berguna untuk keseluruhan ahli UMNO, marilah sama2 berdoa agar jangan berulang lagi...
BERANI BERUBAH...!
