Wednesday, October 15, 2008

Kekalahan KJ sebagai calon Ketua Pemuda di Bahagian Rasah...

Pada persidangan Pergerakan Pemuda UMNO di Rasah pada hari Sabtu yang lalu, antara pengundian yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan ahli-ahli Pemuda UMNO adalah bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Sebagaimana yang dijangka, 2 calon yang 'panas' adalah saudara Mukhriz dan Khairy Jamaluddin. Pengerusi Tetap bercadang ingin menjalankan undian secara angkat tangan dan bukannya secara undian rahsia (atas kertas) memandangkan ketika itu sudah pukul 6 petang. Beberapa perwakilan termasuk diri saya sendiri tidak bersetuju, justice must not just be done but must seen to be done! Walaubagaimanapun majoriti perwakilan inginkan persidangan dihabiskan dengan segera, jadi undian jawatan penting ini hanya dijalankan secara angkat tangan...

Undian calon pertama, Dato' Mukhriz Tun Mahadhir amat memeranjatkan kesemua yang hadir di Persidangan itu! Malah saudara Helmi (Ketua Pemuda Bahagian) yang mencalonkan KJ dan pemerhati2 dari Bahagian Rembau kelihatan amat terkejut dengan 79 undian yang diperolehi oleh Mukhriz! KJ hanya mampu mendapat 61 undi sahaja.

Satu keputusan yang amat mengejutkan, kerana bahagian Rasah umpama adik-beradik kepada bahagian Rembau. Malah yang mencalonkan KJ adalah Ketua Pemuda Bahagian sendiri... Beberapa hari sebelum persidangan, sudah ada suara2 yang menyatakan KJ akan menang tanpa bertanding di Bahagian Rasah, atau jika ada pertandingan sekalipun KJ akan menang mudah.

Nampaknya motto "Setia Kawan" KJ telah tumpas di Rasah, mungkin disebabkan tak ramai kawan di sini? Nampak seperti terdapat jurang atau "gap" di antara KJ dan Ketua Pemuda, dengan ahli-ahli Pemuda di Bahagian Rasah.

Di satu pihak lain, nampaknya pemuda2 UMNO mahukan perubahan kepada UMNO khususnya. Keyakinan bahawa Mukhriz boleh membawa perubahan dan membetulkan persepsi buruk masyarakat terhadap UMNO yang bertambah meruncing sejak akhir2 ini. Malah lebih kurang 10 AJK di atas pentas menyokong Mukhriz sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia!

Sekarang Mukhriz telah mendapat cukup pencalonan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Mungkin KJ juga akan mengikuti beliau, bergantung kepada baki mesyuarat di Bahagian2 yang lain.

Apa yang penting sekarang terpulang kepada perwakilan2 Pemuda (G2) yang dipilih ke mesyuarat di peringkat Pusat pada bulan Mac depan. Adakah mereka boleh membawa hasrat dan AMANAH ahli2 Pemuda UMNO di akar umbi, atau tidak? Harapannya mereka semua menjaga amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka...

Tuesday, October 14, 2008

Pengundi Hantu atau Kesilapan Pengurusan?

Persidangan Pemuda UMNO Rasah yg berlangsung pd hari Sabtu lalu di Dewan Theatrette Seremban berlangsung dalam suasana tenang dan selesa, gelak ketawa dari perwakilan2 mengusik rakan2 yg lain. Malah undian juga dijalankan dalam suasana yg baik.

Walaubagaimanapun, terdapat bbrp perkara atau insiden yg tidak patut berlaku, secara ringkasnya:-

(1) Wakil Pemerhati Persidangan Pemuda UMNO Rasah adalah dari Bhg Rembau, yg mana Ketua Pemuda iaitu saudara KJ adalah calon bagi jawatan Ketua UMNO Malaysia! Conflict of interest, kerana untuk undian wakil pemerhati akan turut terlibat termasuk kiraan kertas undi.

(2) Pengerusi Tetap telah mengisytiharkan pada awal majlis jumlah perwakilan yg hadir adalah seramai 152 orang, ditambah wakil daripada Bahagian 3 menjadikan jumlah 155 orang. Sewaktu proses pengundian seorang wakil dr Seriemas hadir dan diisytiharkan oleh Pengerusi Tetap, jumlah keseluruhan adalah 156 orang. Sewaktu keputusan rasmi undian, saudara Helmi menang mendapat 83 undi, saudara Hasan 75 undi dan terdapat 1 undi rosak. Keseluruhannya 159 undi!!! Mana HANTU yg dah undi lebihan 3 undi lagi???

Perkara ini hanya disedari pd malam tersebut setelah persidangan tamat, kerana Pengerusi Tetap cuma mengumumkan kemenangan tanpa menyatakan jumlah undi setiap calon.

Oleh yg demikian satu bantahan rasmi telah dihantar ke Pemuda UMNO Malaysia pada hari Ahad meminta satu siasatan dijalankan dan jika benar keputusan tersebut tidak boleh digunapakai. Sehingga pagi td, Pemuda UMNO Perhubungan masih belum memberikan jawapan yg memuaskan hati, dan jam 10.30 pagi td satu press-conference diadakan di sini, dengan harapan Bahagian lain yg belum bersidang akan lebih berhati2 berkenaan perkara ini.

Antara persoalan yang bermain di fikiran semua ialah bagaimana kertas undi boleh MELEBIHI jumlah perwakilan yg disahkan oleh Pengerusi Tetap, yang nyata sekali proses kiraan undi telah dicemari dengan unsur2 yg merosakkan keputusan seterusnya menafikan hak perwakilan2 yg hadir pd persidangan itu... Lebihan 3 kertas undi mengesahkan peti2 undi telah di'tampered', mengundang pelbagai tanggapan buruk & persepsi yg bahaya kpd proses kiraan undi yg telah dijalankan.

Perjalanan pemilihan yg betul & cekap, akan menghasilkan semangat berpasukan yg mantap kerana semua pihak akan akur, menerima & redha dgn keputusan menang atau kalah. Jika sebaliknya, kesungguhan parti dlm usaha mengukuhkan kerjasama dan keutuhannya akan terganggu dan musnah!

Harapan agar ini menjadi pengajaran berguna untuk keseluruhan ahli UMNO, marilah sama2 berdoa agar jangan berulang lagi...

BERANI BERUBAH...!

Sunday, October 12, 2008

Panasnya Persidangan Pemuda Bahagian Rasah...

Alhamdulillah segala2nya sudah selesai...

Tuesday, October 7, 2008

Di Hari Lebaran Ini...

Saya sekeluarga ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua, dan maaf zahir dan batin sekiranya ada salah dan silap kami selama ini kepada anda semua.

Semoga Aidilfitri kali ini membawa penuh makna kepada diri anda dan keluarga, raikanlah bersama-sama orang yang anda sayangi... Semoga blog pengganti kad raya ini dapat menjadi tali penghubung silaturrahim antara kita semua.
Minal A'idin Wal Fa'izin, wassalam!